Suatu ketika setelah melakukan shalat solat sunnah, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani lalu berdoa:
"Ya Tuhanku! Di manakah lima maqam dalam diriku? Yang pertama adalah Waktu Subuh Dzohor kedua, yang ketiga 'Asar, Maghrib keempat dan Isya kelima".
Maka bersamaan dengan waktu itu bergerak-geraklah seluruh anggota tubuh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani maka Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani baru memahami tentang kedudukan maqam yang lima itu. Maka berzikirlah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tiada berhenti-henti dari satu waktu kepada satu waktu.
Lima makam itu adalah:
- Pada waktu Subuh maka bergerak-geraklah didalam hatinya, lalu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata : “Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya Subuh itu bermaqam di hati hamba”. Maka berzikirlah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani tiada berhenti-henti dari waktu subuh hingga waktu Dzuhur.
- Ketika sudah masuk pada waktu Dzuhur, maka berdenyut lagi hatinya. Tatkala itu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani merasakan adanya suatu benda yang pahit mengalir di batang lehernya. lalu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata: “Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya waktu Dzuhur itu bermaqamnya pada empedu hamba”. Maka Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kembali berzikir tiada berhenti-henti hingga masuk waktu ‘Asar.
- Ketika sudah masuk pada waktu ‘Asar maka bergeraklah berhampiran dadanya sebelah kiri. lalu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Ketahuilah hamba bahawasanya waktu ‘Asar itu bermaqamnya pada paru-paru hamba”. Maka Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kembali berzikir tiada berhenti-henti hingga masuk waktu Maghrib .
- Setelah sampai pada waktu Maghrib berdenyut-denyutlah di dalam dadanya. Setelah diperhatikan denyutan itu, lalu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata lagi: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya waktu Maghrib itu bermaqam pada jantung hamba”. Maka Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kembali berzikir tiada berhenti-henti hingga masuk waktu Isya’.
- Setelah sampai pada waktu Isya’, maka berdenyut-denyutlah dadanya di sebelah kanan. Tatkala itu maka nyatalah ia waktu Isya’ itu pada limpanya. Maka bersyukurlah ia ke Hadhrat Allah Ta’ala. lalu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata kembali, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Dengan kerana Mu aku mengetahui akan segala-galanya”. Maka Maka Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kembali berzikir tiada berhenti-henti hingga masuk waktu Subuh. Lalu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mendengar suara yang mengatakan: “Ya Abdul Qadir! Di dalam lima waktu itu bahawasanya telah terhimpun ia di dalam waktu Subuh”.
Maka telah nyata kedudukan maqam lima waktu itu pada diri kita oleh karena itu tidak boleh dinafikan tiap-tiap sesuatu itu. Bukannya kehendak ilmu yang luas tiada suatu pun yang boleh mengisbatkan kepada kita. Hanya pada diri kita saja yang boleh menandakan suatu itu di dunia ini.
Wallahu Alam Bishowab.
No comments:
Post a Comment